Tuesday, June 18, 2013

Bento #94

Assalamualaikum. Apa ek nak cite hari ni?? Haha hari-hari update new entry sampai tak tahu apa nak cerita dah. Ha hamek! hehe. Ok lah cerpen bergambar untuk hari ini berhenti di sini kerana ketandusan idea. 


Tema happy bento hari ini ialah cookie monster! Macam biasa roti jem, setoberi, dan anggur hijo. Hari ini kakak ada latihan sukan. Cukuplah snek untuk kudapan beliau nanti. Potion kecik saja sebab selalu hari selasa ada makan sedap kat sekolah. Katanya! Ok jumpa lagi tata lovess

Monday, June 17, 2013

Bento #93

Assalamualaikum kawan-kawan.. Hari ini hari ke 96 anakanda elin bersekolah. Alhamdulillah tak pernah skip kelas. Ponteng???? Tidak sama sekali! Tak ada sebab jangan nak ngengada tak nak pegi sekolah. Syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepada kami. Elin pun sentiasa bersemangat untuk ke sekolah setiap hari walaupun cuti sekolah. Alahai kakak bagi can la mami rehat sikit.. 
Ok ini adalah happy bento untuk hari ini. Saya penuhkan sepadat-padatnya dengan roti (harus ada), tembikai susu, dan jambu air. Oh ya berserta salad dressing untuk memcecah. Kami anak beranak sangat suka memcecah haha. 


Di bawah ini pula koleksi bento tools saya berciri karakter anpanman ini. Sebelum ini pernah saya update entry memngenai koleksi saya yang ini DI SINI tetapi sengaja  memtepek sekali lagi disebabkan mood rajin datang bertubi-tubi.


Ok itu sahaja jumpa lagi kawan-kawan Insha Allah..
we heart cute things!

Friday, June 14, 2013

Bento #92

Assalamualaikum. Mickey mouse theme request by anakanda. Mami kan superbibik akan mempatuh segala arahan. Eh boleh eh?? Tak mengapa.. asalkan kakak rajin belajar dan jadi anak yang membanggakan mami dan ayah dan opah dan mama mama dan dedi dan opah ayah, tok wan, opah tok wan, pak long, mak long.. ahh terlalu ramai untuk disebut..


muska miska mickey mouse!

Thursday, June 13, 2013

Bento #91

Assalamualaikum. Harini terasa rajin nak meng update blog. Semangat semangat. Bukan apa malam semalam   saya penuh dengan notification. Dengan friend request, komen, tagging.. Ohh terasa diri diperlukan. Haha super busy jap. Sebelum ni saya susah nak accept friend request tapi malam tadi mood rajin datang melanda. Mana yg add semua saya accept. Lepas tu jenuh reply comments. Haha padan muka aku. Tak mengapa sharing is caring kan ewahh. Lagipun berkongsi minat yang sama bole sharing idea, mem tuang curah ilmu bukan kah amalan yang mulia. Hehe. Tapi serius dapat kawan-kawan baru buat mood saya happy dan membuatkan semangat saya berkobar-kobar untuk terus berbento. Kepada yang mem follow blog saya dari dulu mesti tahu kisah happy bento saya kan??? Dicaci, dihina.. Ohhh tak mengapalah saya sudah pun melupakan semuanya. Bukan saya yang menghukum. Allah sentiasa ada.
Untuk hari ini happy bento saya bertemakan minnie mouse. Anakanda elin yang request. Ok mami tunaikan apa saja sayam... 


Happy bento hari ini saya penuhkan ketat-ketat dengan epal yang saya ukir letter "R'' stand for ROSALINDA. Eh eh ok lah yang lain jangan kecil hati R also for ROSLAN and ROSNAIDA. 3R ni orang yang penting dalam hidup saya. Nyawa saya. Buah hati kecintaan saya. Mami ailebiu kamu semua 
Ok, masa untuk prepare lunch pula.. Jumpa lagi kawan-kawan. Oh ya hari ni saya ada followers baru. Tenkiu kawan-kawan. And.. happy bento-ing!!!
Ailebiu korang!
Assalamualaikum

Wednesday, June 12, 2013

Bento #90

Assalamualaikum. Happy bento hari ini bertemakan winnie the pooh. Encik suami telah mem restok fruits dalam fridge. Bila puan isteri check ada watermelon kuning. Jadi automatik terfikir pooh dalam kepala otak. So, ini hasilnya..


Ohh we heart cute things.Tata lovess

Tuesday, June 11, 2013

Bento #89

Happy bento untuk hari ke-92 persekolahan. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk memberikan yang terbaik untuk anakanda kecintaan. Semoga semangat ini berterusan walaupun ada dugaan dan cabaran yang datang. Saya kuat kerana anak-anak saya. Saya tak takut kerana saya ada Allah. Alhamdulillah

Monday, June 10, 2013

Bento #88 - pikachu

Assalamualaikum. Hari ni hari ke 91 anakanda elin bersekolah. Hari ni semangat berkobar-kobar selepas cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Pukul 5.30 pagi kami dah bangun. Siapa 'kami'?? Haha mummy, kakak n adik sekali bangun subuh tengok katun sambil mummy prepare bento untuk hari ini. Hari ni happy bento kakak bertemakan pikachu. Kakak request sandwich telur.


Dalam happy bento hari ni saya penuhkan dengan anggur dan kiwi. Ok itu saja tata lovess

 
created by glazsliper aka IDA HAJI BAIDZOWI